ShoutMix chat widget


06 July 2010

Day 5: Semakin Baik

"terima kasih sebab sudi singgah.penulis sangat mengalu-alukan sebarang tambahan atau teguran andai penulis melakukan sebarang kesalahan dalam penulisan ini"


hari ni, hari kelima kami buat praktikal di bumi Volgograd ni.perjalanan kami ke hospital rini, tidak bosan,sebab diiringi hujan renyairenyai dan cuaca yang redup dan agak berangin. kami keluar dengan senang hati. dalam jam 902 pagi, kami tiba di hospital. duduk2 di tempat biasa dan menyelesakan diri. tidak beberapa lama, ada seorang nurse yang cantik, datang ke arah kami, dan marah kami letak beg dekat situ. dye x puas hati, tidak dengar penjelasan kami, dan pergo report dekat nurse yang lebih tinggi jawatannya. nurse tu datang, dan tengok kami. lepas tu nurse tu cakap kat nurse yang muda tu, dan bagitau, yang memang tempat ni lah kitorang selalu duduk2, borak2, tulis diari. nurse muda tu malu. hambek ko. padan muka. ni la russian.. bodoh sombong, bongkak tak tentu hala.

selepas beberapa lama, aku dengan keri ditugas untuk transport seorang patient tua ke bilik ultrasound yang berada di neurology department, dekat tingkat 2. pelik, kan? dekat cardio department, ada orang yang sakit neuron.aku diberi satu wheelchair. selepas tunggu makcik tu bersiap, dye pun duduk atas wheelchair tersebut. dan kami pun ke sana. untuk kesana, ada satu lift khas untuk pesakit. lift tu memang luas, dan ada seorang penjaga dalam tu.

sampai ke tingkat 2, aku bawak macik tu ke bilik 201, bilik ultrasound. dalam bilik tu, ada dua orang doktor. doktor tu tak kerek pun. cakap elok2 dengan kami.makcik tu bangun sndri, dan baring atas katil khas. doktor yang kat sebelah katil tu, lengkapkan borang. selepas siap dengan borang tu, dye mula meng-ultrasound-kn makcik tu. dengan pengesan khas, doktor tu gerak2 kan kat perut makcik tu. sambil tengok kat skrin, doktor tu terangkan dekat kitorang. mana liver, mana spleen, mana artery iliaca, mana adrenal gland, portal vein. semua2 lah. wah. bagi aku, itu menakjubkan!


begini lah mesin ultrasound tu. biasa orang guna nak scan baby. tapi scan mende lain, boley jugak, kn?



ni la result dekat ultrasound punya skrin tu. hurm, tapi ni bukan yang macik tu punya. ni yang baby sape ntah.

doktor tu tunjuk kat kami yang patient tu ada banyak sangat batu kat dalam bahagian abdomennya. makcik tu juga hanya ada satu kidney. macik tu sudah hidup dengan satu kidney, sudah 50 tahun. lama tuu.. sian kat macik ni. 

lepas tu, kami kembali ke department, dan anta macik tu ke ward dye kembali..

dan keadaan jadi bosan kembali.. bosan bosan.

aku mula turun ke tingkat bawah, tempat syafiq dengan khai. alih2, diorang pun duduk2 jugak dekat kerusi. tak buat morning round cam biasa. diorang cakap, hari ni, banyak doktor. so nurse cam xnak bagi diorang wat keje. sambil tu dengar syafiq marah2 dekat sistem russia ni, praktikal, macam2. hohoho. jarang syafiq begitu..

dalam pukol 1040 pagi, aku ke tingkat atas kembali, dan kebetulan, masa tu, nurse tengah buat procedure, dan masuk dalam bilik procedure tuh. aku boley masuk bilik tu hari ni sebab aku bawak cap. yay! tapi aku agak terlewat la, sebab masa aku masuk tu, nurse da siap da. dalam bilik tu ada hanan, aisya, pidot ngan ND. lepas tu, nurse cakap, dah boley tulis diari, dan da boley da nak balik..

kami siapkan diari cepat2, dan bagi nurse tu untuk tandatangan. keri sudah telefon Dr Roman, dan mintak kebenaran untuk balik, dan kami dibenarkan untuk pulang ke rumah. dalam pukol 12 tgah hari, kami sudah keluar dari hospital tu, balik ke rumah.

No comments: