ShoutMix chat widget


06 July 2010

Day 4: injection lemas!

"terima kasih sebab sudi singgah.penulis sangat mengalu-alukan sebarang tambahan atau teguran andai penulis melakukan sebarang kesalahan dalam penulisan ini"


hari ni, praktikal kami bermula macam biasa, jam 9 pagi,. setibanya kami disitu, macam biasa,kami tidak diberi kerja.salah seorang groupmate mendekati nurse on duty, dan bertanyakan apa2 kerja yang boleh kami buat. tapi nurse tu mengeleng2.. masing2 tunjuk muka bosan. hari ini, macam biasa lagi..

aku macam biasa, pergi sibuk2 dekat syafiq ngn khai pye department, ikut diorang, amek BP patient, borak2 dengan patient. patient semua engat aku ni orang baru dekat department tu. hahaha. lucu pulak rasa. padahal aku menyibuk je sini.

dalam pukol 10 pagi, aku naik ke department aku balik, sebab sebelum turun tadi, nurse ada cakap, ada procedure dekat procedure room dlm pukol 10. tapi bila aku naik atas, nampak keri, aisyah, pidot, dengan ND da masuk dalam procedure room. aku  nak masuk, tapi nurse tu cakap taboley, sebab aku tak pakai cap. hish! kurang asam betol. cane la aku x terfikir nak bawak cap. so, aku pun tunggu la kat luar. sambil tulis2 diari untuk hari ni. hahahha. mcam biasa. bosan.

dalam pukol 11 pagi, Dr Roman datang ke hospital, dan bagitau kami yang kami akan ke hospital no 1 (oblastnaya balnyitsa) untuk practice injection dekat patung. dye bagi kami 40 minit untuk travel ke sana. betol, dalam 40 min lepas tu, kami tiba di perkarangan hosiptal. sudah ada beberapa orang student perempuan yang dah sampai. borak2 sesama masing2. hampir semua sampai, dalam 20 min lepas tu, Dr Roman x tiba lagi. kami tabley masuk hospital terus, sebab blik patung tu masih berkunci. x bukak lagi. masa menunggu, group aina kuar dari hospital. sebab masa tu pirieriv (rehat). selepas tu, atik, daus, dengan pokjat kuar pula. diorang bawak kotak yang ada botol2. tak tanya pulak ke mana.

dalam 30min, Dr Roman sampai, dan terus bawa kami ke bilik patung. kat sana, kami diberi banyak model tangan, punggung, badan manusia, dan macam2. kami jugak diberi banyak syringe, dan juga beberapa botol physiological solution, glucose.dengan pengetahuan sedia ada, kami lakukan semua jenis injection, termasuk IV, IM, subcutaneous, dan intradermal. dalam setengah jam lepas tu, Dr Roman tiba lagi, dengan bawak forcep, tiub enema, IV drip, turniket dan beberapa alat pernafasan.

dalam bilik tu, semua orang kelihatan lemas. dengan bilik yang begitu kecik, dan pergerakan yang sangat terhad. dalam bilik yang sangat sempit tu, ada tiga group, dan setiap group ada dalam 7 orang. maknanya semua 21 orang. dengan siling yang rendah paras sejengkal dari kepala sahaja, memang isipadu oksigen tak cukup. ada yang sudah duduk, muka pucat. ada jugak yang masih berdiri. aku buat beberapa procedure dan mula bosan. entah berapa puluh injection aku buat. bosan.

dalam pukol 2 petang, kami dibenarkan pulang ke rumah. alhamdulillah...

No comments: