ShoutMix chat widget


04 July 2010

Day 3: hari sepatotnya balik awal

"terima kasih sebab sudi singgah.penulis sangat mengalu-alukan sebarang tambahan atau teguran andai penulis melakukan sebarang kesalahan dalam penulisan ini"

semalam, hari ketiga aku menjalani praktikal di sini. macam biasa, aku dengan keri, tiba di hospital pukul 855 pagi, dan kami bergegas ke tingkat 4, bahagian cardio no 2. sampai je kt situ, hanya kami je yang ada disitu.budak perempuan tak sampai lagi. kami duduk2, borak2 sekejap.

aku berasa bosan, pergi la jalan2, sepanjang ward. ada kedengaran bunyi bising dari bilik tv.aku pergi kearah tu, dan nampak Hanan, dan seorang pakcik tua tengah betol2 kan siaran tv. lpas beberapa lama, aku ngan Hanan keluar dari bilik tersebut, dan kearah loby, tempat keri duduk tadi. masa kami tiba, Anuar sudah ada.

dye cakap, tadi ada nurse datang ke arah diorang, dan cakap, suruh kitorang siapkan diary untuk hari ni, dan bagi kat dye untuk tandatangan. heh? awalnye? nak tulis apa pun x tau.tepat jam 9:10 pagi, semua ahli kelas sampai. dan kami menceritakan mende tersebut kat diorang. dan macam biasa la, semua orang terkejut. ye la. awal sangat kot..

pastu kami tanye nurse tuh, ada apa2 procedure tak yang nak dibuat? nurse tu cakap ada procedure kejap lagi, ada la dalam pukol 10. masa tu pukol 915. kami duduk2, dan borak2, dan bosan. aku pergi tengok2 artikel yang ditampal kat dinding wad. pastu cam nk pergi mengacau group khai kat tingkat bawah, kat bahagian gastro.

sampai kat bawah, budak perempuan group diorang duduk2 di lobby, sambil borak2 sesame mereka, tapi aku tidak pedulikan. terus ke arah khai ngan shafiq. cari2 x jumpa. last2 ad terbukak pintu. oh, mereka ada dalam tu, amek BP patient.mereka gerak dari bilik ke bilik, ambek BP patient, tulis nama diorang, dan keluar. aku join la keje diorang tu. lepas tu, kami duduk kat luar jap. tetiba ad beberapa orang makcik datang kearah kami dan minta ukur BP. so, kami pn buatla. ak buat kat seorang makcik ni.

makcik tu baik la. aku amek first tu, silap bace diastole. hahahha. aku kene tego. agak malu. tapi second aku bace tu., da betol da. hahaha. agak hepi lah. pukol 10 pg, aku naik balik ke department aku, dan masa tu, group aku tengah berkumpul nak tengok nurse buat procedure.

procedure kali ni namenye IV drip. patient tu da tua. dye agak malu ngan kitorang, suh kitorang keluar. tapi nurse tu da tenangkan, dengan cakap, mereka ni praktikal, diorang nak belajar. so, makcik tu redha je.. first skali, nurse tu ikat turniket dekat lengan makcik tu. ketatkan.lepas tu nurse sapu kapas yang ad alkohol dekat bahagian nak inject tuh, bagi sterile, dengan hanya satu arah, tapi beberapa kali.lepas tu, amek jarum, dan arahkan lubang jarum (bevel) keatas. lepas tu, nurse tekan vein yang nampak dengan ibu jari, dan inject jarum kedalam. lepas tu, longgarkan knob yang menyekat ubat dari paket, dan biarkan ubat flow melalui tiub tu, dan sambung ke jarum tadi, dan masuk kedalam salur darah makcik tuh. dah siap!

kami duduk2, dan tambah diary kami, dan ambek tandatangan nurse yang bertugas tu, dan balik. nurse cakap, sebab hari ni hari sabtu, dalam hospital ni, ada sorang doktor je yang bertugas. masa tu, pukol 1040 pagi.

masa kat bawah, aku da lipat labcoat, da tukar second shoes, tetiba Dr Roman datang, dan marah kami kenapa balik awal. kami cakap yang kami dah dilepas oleh nurse tu untuk balik.Dr Roman tak percaya kami,dan suruh kami pakai labcoat balik, tukar second shoes, dan kembali ke department.

sampai kat department, Dr Roman bertanyakan kepada nurse, dan nurse cakap mende sama. dan kami duduk kembali. Dr Roman cakap siket2. dye cakap hari isnin ni (esok), pukol 12 tgahri, kitorang akn ke hospital no 1 untuk wat praktikal injection dekat patung.

sambil2 tu dia ada jugak ceritakan yang group kat tingkat atas tu dah buat IM. oh, jelesnya. takpe2. bukan rezeki kami. hohohoho. takot jugak nak buat IM kat manusia betol ni, tapi orang cakap senang je. semoga dipermudahkan...

dalam pukol 11 pagi, kami pun balik ke rumah masing2..

p/s: aku tulis post ni hari ahad (4 julai). hari ni tiada praktikal, sebab cuti. Day 3 ni 3 julai. harap maklum.

3 comments:

+aNa baNana+ said...

erm... IM tu pe bende?

Awan Putih said...

intra muscular injection..

nazrin90 said...

cemerlang yep...yep...anyway...grup mane yg buat IM tu?