ShoutMix chat widget


02 July 2010

Day 2: Tugasan Bermula!

"terima kasih sebab sudi singgah.penulis sangat mengalu-alukan sebarang tambahan atau teguran andai penulis melakukan sebarang kesalahan dalam penulisan ini"

hari ini, aku dengan khairi naik van tambang no 19, sebab van tambang tu akan direct trus ke Varoshilovskii Rayon, tempat group kami praktikal. masa naik van tersebut, kami terserempak dengan Dr Roman. tapi dia buat2 tidak perasan kami, maka kami pun malas nak cakap apa, turut buat2 tidak nampak.

kami tiba di perkarangan hospital pukul 855 pagi sebab smalam, kami diingatkan untuk berada disana tepat jam 9 pagi. tapi selepas beberapa lama, cikgu tidak datang jugak, wlau waktu sudah lepas pukol 9 pagi. kami seperti smalam, menunggu, berdiri, borakborak, gelak ketawa, tidak buat apa, sebab kami tidak boleh masuk hospital tanpa kebenaran. 

tepat jam 930 pagi, Dr Roman datang kearah kami dan memberitahu sedikit taklimat.(lagi??) dia cakap, yang dokumen untuk praktikal masih tidak diambil dari hospital no 1. sebab itu, dia harus ke hospital no 1, ambek dokumen itu, dan kembali ke Hospital no 3.dia bagitahu lagi, andai selepas 2 jam, dia tidak tiba lagi dekat hospital no 3, maka, kami boleh balik. dia cakap, dia tak boleh bagi kami balik sekarang. so, apa kami kena buat yea? Tunggu!

kami isi dua jam tersebut dengan pergi ke rumah khai. kat sane, kami main game online "war rock". agak best la,  seakan akan counter strike, tapi lebih advance dengan adanya kenderaan, macam2.khai jamu kami dengan beberapa biji buah peach dengan jus peach. khai memang gila peach. dalam jam 1115 pagi, salah seorang budak prmpuan kelas khai telefon, dan bagitau, Dr Roman sudah tiba di hospital.

di hospital, selepas memakai lab coat,dengan second shoes, kami ke tingkat 5, cardiology no 1. dekat situ, ditetapkan group Prappa group 29. selepas itu, kami ke tingkat 4, dan disitu terletak cardiology department 2. dan dibawah kami, gastroenterology, tempat group 33 menjalankan praktikal. aku group 32.

selepas beberapa taklimat daripada head nurse dua2 department itu, kami dibenarkan untuk merayau2 dalam ward tersebut. apabila kami masuk hospital itu, baru kami mengerti apa yang dimaksudkan dengan moden itu. memang hospital ini agak moden sedikit dari hospital no 1, yang ibarat kingdom hospital tuh. sebelum itu, kami diberi dua sphigmomanometer dan dua stethoscope. kami bahagikan kepada dua group, satu laki, dan satu perempuan. oh lupa. waktu pada masa itu adalah 12 tgahari.

aku, khairi dengan anuar mula dengan bilik paling ujung. dalam bilik tersebut ad dua orang pakcik.seorang bernama Vasilli Ivanovic, dan sorang lagi nama Pyotr Ivanovic. aku dengan khairi borak dengan Vasilli, manakala Anuar dengan sorang lagi. selepas borak2, kami mengukur BP dia.macam biasalah. letak cuff di sekeliling lengan, ketatkan. letak kepala stethoscope kt bawah wayar dekat cuff tuh. lepas tu letak stethoscope dekat telinga sambil tekan banyak2 kali pump tersebut. lepas tu, lepas sdikit pressure, sambil perhati dekat meter tersbut. dengar first beat, dengan last beat, dan ambik bacaan. pakcik tersebut gembira kami datang. masa tengah borak, aku perhatikan kaki dia. dah rosak. pakcik tu eksplen dekat kami. bahawa dia ada masalah vessel dekat lower limb, yang membuatkan kaki dia jadi buruk. kesian.

selepas ambil BP, kami keluar bilik tu, dan masuk ke bilik lain pula. dalam bilik seterusnya, kami jumpa seorang perempuan tua dengan muda. selepas borak2, kami pn keluar. dan begitulah seterusnya.

dalam pukol 130 tgahari, kami pun berkumpul,sebab tersangat bosan. buat diary untuk hari ini. dan pada pukul 140 tgahari, nurse yang bertugas bagi kami balik. selepas ambek tandatangan dia, kami pn balik.

kami dengar, group lain, sudah tengok IM, IV transfusion, dan ada dah yang kene ambek BP setiap hari. ada yang sudah belajar nak buat IM. insyaAllah kami begitu jugak. tapi orangorang cakap, cardio department, takde keje sangat. itu lah yang merugikan, merisaukan, dan membosankan kami.

No comments: