ShoutMix chat widget


01 July 2010

Day 1 : hari permulaan yang membosankan

"terima kasih sebab sudi singgah.penulis sangat mengalu-alukan sebarang tambahan atau teguran andai penulis melakukan sebarang kesalahan dalam penulisan ini"

hari ini, 1julai. praktikal summer yang diwar2kn oleh pihak mara ngan universiti pn bermula. sebelum hari ini, masih ramai yang terpinga2. dimana tempat perjumpaa? pukul berapa? bangunan mana? last2 kitorang pergi la hospital no 1 iaitu oblastnoi.

kami dijadualkan pukol 830 pagi dikehendaki berkumpul di hadapan bangunan hospital no 7. kat situ, masa kami sampai, sudah ramai yang tiba. masing2 berdiri, berbual satu sama lain. menuggu waktu taklimat. sekarang sudah melebihi pukol 830 pagi, tapi seorang doktor pn masih belum keluar. masing2 sudah bising, cakap2, kutuk2 orang yang lalu lalang. cuaca panas jugak menambahkan panas dalam dada. huh!

pkol 9 pagi, seorang doktor pn keluar, Dr.Irina ApeEntah. dye memberi taklimat sedikit. disambung pulak dengan doktor Roman Gennadievic Myozin.beliau membahagikan kami kedalam 2 kumpulan. kumpulan 34 hingga 40 perlu menjalani Medical Surgery dahulu. manakala group 29 smpai 33 perlu mnjalani Medical Therapy. masing2 akan bertukar course selepas 2 minggu.

kami akan ad exam terapi dan surgery pada 15 julai dan 28 julai. praktikal kami akan bermula jam 9 pagi dan berakhir 2 petang setiap hari kecuali hari ahad. sebab hari tu, cuti. (yay!).

selepas taklimat ringkas, student yang kene Surgery dibenarkan pulang, manakala student Therapy, tunggu. selepas beberapa minit, Dr Roman datang skali lagi. dye membahagikan kami lagi.Group 29, 32, 33 akan buat praktikal dekat hospital no 3 dekat Varoshilovskii Rayon. manakala yang selebihnya buat praktikal dekat Oblastnoi sahaja.

kami diminta untuk tunggu selama spuluh minit untuk Dr Roman bawa kami ke hospital no 3. tapi, Russia pye timing memang fail! slepas 30 minit, dye keluar dengan muka bangga yang ntah apa2. lepas tu kami mulakan perjalanan kami ke hospital no 3. ad yang naik van tambang, ad juga yang naik tramp. aku naik tramp.

pukol 11 pagi, kami tiba di Ostanovka (stesen bas). tapi kami x bergerak lagi, sebab tunggu Khai ngn Shafiq. diorang berhenti kejap dekat Morfologiceskii untuk beli sedikit makanan.

pkol 1110 pagi, kamu mulakan perjalanan ke hospital. kata dr Roman, hospital itu moden, dan baru.

tapi sangkaan kami meleset. selepas 300m berjalan dari ostonovka, kami tiba, dan ternyata hospital mereka buruk macam biasa. cuma ad sdikit compound dengan pancutan air untuk siram pokok2 bunga. mende2 ni xde dekat Oblastnoi. mungkinkah itu yang moden?

kami tiba di lobi hospital, tetapi tidak dibenarkan masuk, dan diminta untuk berada di taman yang hanya ada dua bangku, yang penuh dengan tahik burung. bangunan hospital tu, ibarat Medieval English.

selepas beberapa lama, Dr Roman keluar dan sambung beberapa taklimat lagi. dye jugak ckp ketua nurse kami adalah Tatyana Ivanovna. xtahu lagi rupa tuannye cane.group kami diberi 3 bahagian; cardiology, Gastrointestinology ngan neurology. kami diberi pillihan untuk memilih mana2 bahagian yang kami nak.

dalam pukol 12 kami selesai diberi taklimat dan dibenarkan pulang. masing mula penat, dan menunjukkan muka bosan. kami dimaklumkan bahawa praktikal kali ini lebih produktif dari praktikal tahun2 lepas. tapi, kami tidak mengharap, sebab janji russia sememangnya lebih teruk dari janji melayu.

No comments: